Tuesday, September 30, 2008

Persiapan Raya..

Esok hari raya!! wah, rasa macam kejap jer, dah nak raya... syoknya..
sejak balik jerantut hari Jumaat lepas, rasa macam tak menang tangan.. banyak gila aktiviti.. sampai rumah hari Jumaat kul 10mlm.. perghh.. lima jam tu dr KL.. jammed teruk masa nak kuar KL... dah la sepanjang highway nampak accident, ambulans n bomba.. berdoa jer banyak-banyak moga selamat sampai.. alhamdulillah.. jadual aktiviti sepanjang ku kat umah...
sabtu- 27 sept
buat kuih raya.. mula-mula mak nak buat 2 jenis jer. lagi 2 jenis nak buat ahad la kononnya.. tapi aku cakap, alang-alang mak, dah kuar semua barang ni, baik buat jer semua.. so, dapatla empat jenis kuih.. semperit, dahlia, tart nanas and sarang semut.. dari pagi buat kuih.. last2 terbungkang tidor sebab penat sangat.. my dad pun beli jer la lauk berbuka..hehe
ahad-28sept
erm, dah lama tak makan nasi ulam.. so, we decide to make nasi ulam.. but first, my mum got to find the 'those special leaves'.. kalau dapat, on la projek nasi ulam.. otherwise, makan asap je la.. hehe.. and yeay! my mum berjaya dpat kan those special leaves.. so for the whole day kami menghiris daun, menyiat daging bakar, ayam panggang, menumbuk rempah ratus.. penat, tapi tak sabar nak makan.. hari ni berbuka kat umah my granny sebab dah lama tak jumpa dia... o, kami buat kuih cara berlauk, sebab semua teringin. kat KL mahal sangat, sampai rm 1, dpat 3 ketul jer.. hampeh tul..
isnin-29 sept
hari yang haru biru sikit.. sebab my dad tiba-tiba nak kemas barang.. haru sebab dia bukan makin mengemas, tapi dia akan membuatkan rumah makin semak.. phew.. tensen gak.. kami 4 beradik buat bodo jer.. hari ni mak masak kari ayam, yum! yum! and kami buat cara manis pulak.. hehehe..
selasa-30 sept
i decide to wrote my new post.. sebab rasa lama sangat dah tak update.. today, kena pi tukarkan duit mak kat bank. mak dah buat kek 3 biji untuk umah my grannys; belah mak n my dad. another one untuk umah sendiri sebab nanti takder apa boleh makan pas balik umah sendiri.. my choc cake would be after we get back to our home... hari ni kena balik umah grannys belah mak sebab nak masak lemang, buat rendang, and buat persiapan lain.. baju raya semua dah masuk beg.. hope takder yang tertinggal. even dekat, takder masa nak balik umah amek barang.. tenaga kerja aku n Ain amat2 diperlukan.. huhuu...
Rabu- 1 oct
SELAMAT HARI RAYA... MINTA MAAFF ZAHIR DAN BATIN JIKA TERSILAP KATA, TERSALAH LAKU, TERKASAR BAHASA...

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin