Monday, August 18, 2008

khas untuk ex school mates ku, dari 1997- 2001, mrsm Muadzam Shah...
Hye geng..
Aku ada satu cadangan. Apa kata kita buat reunion beramai-ramai sambil makan angin @ trip ke suatu tempat yang best?? Bosan jugak asyik buat program reunion kat KL jer. Asyik2 makan, bowling, futsal.. kita upgrade la sket kan??

Cadangan aku:
1. Tempat: Langkawi
2. Tarikh : bulan 10, selepas raya, sebelum cuti sekolah.- tarikh lain, boleh dipertimbangkan.
3. Kenderaan: keretapi- 2nd class harga Rm51 (katil bawah)
( boleh naik kenderaan lain, up to u)
4. Durasi: 2 hari, 1 mlm
5. Aktiviti:
- Bertolak kul 10 @ 11mlm, sampai kul 9pagi. (keretapi)
- Breakfast, tour sket.
- Check in
- Sabtu petang; tour ke makam mahsuri, dayang bunting, kereta cable or mana2 la..
- Malam- dinner sama2 or barbeque
- Ahad pagi, shopping kat pecan kuah
- Bertolak balik tengahari ahad.
- Dijangka tiba kat kl kul 8 0r 9m (keretapi)

6. Berkenaan hotel, dalam rm150 untuk 4 orang..

7. Let say, simple calculation:
Transport ( keretapi, pergi balik)- rm102
Hotel (2 or 3 star)- rm50 per person
Tour- rm60per person (estimation)
Barbeque- rm20 per person (estimate)
Total dalam rm300 per person.


Aku ada baca dalam KTMB website, dia bagi package untuk 40 ke atas,
Info dr web KTMB:
Langkawi Island, Kedah (2D 1N) **RM320
Inclusive Of:
2-ways ticket (economy class) from KL –no bed la.. nanti tanya boleh upgrade tak.
Transportation
1 night accommodation
Meals (full board)
Half day island tour - exclude entrance fees
Dia akan uruskan, transport dr KL, transport kat langkawi, meals, tour…

Aku harap sangat korang boleh bagi feedback pada cadangan aku ni. Its okey kalau tak berminat, n hope boleh bagi cadangan untuk aktiviti reunion kita. And harap kita boleh keep in touch.. tak kesah, saper yang nak bawak spouse (boleh kita berkenalan), bawak couple (jangan buat maksiat), and anak.. kita buat reunion a.k.a family day. Any respond, please comment, bagi email, nani aku contact korang…

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin