Tuesday, March 18, 2008

Tertelan gigi plsu kekasih syok bercium.. mcm ni pun ada ker???

Tertelan gigi palsu kekasih syok bercium

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka akibat tertelan gigi palsu teman wanitanya ketika sedang asyik bercumbuan, Rabu lalu. Dalam kejadian jam 10.45 malam di sebuah ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Palong, dekat sini, mangsa bersama beberapa rakan serta teman wanita masing-masing dikatakan menghidu gam sebelum khayal di dalam pondok di ladang berkenaan. Menurut sumber, dalam keadaan khayal mangsa yang dikatakan asyik bercumbuan dengan teman wanitanya secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.
"Menyedari gigi palsunya tercabut, wanita berusia 17 tahun itu panik dan mencari-cari di sekeliling tetapi tidak berjumpa sebelum mangsa memberitahu dia tertelan gigi palsu berkenaan," katanya. Sumber itu berkata, mangsa yang pulang ke rumah bagaimanapun dikatakan mengalami sakit perut pada pagi Khamis lalu pergi ke sebuah klinik swasta di pekan Bahau untuk mendapatkan rawatan tetapi doktor memintanya mendapatkan rawatan di hospital. "Mangsa yang bimbang rahsianya diketahui dan bagi mengelakkan menanggung aib terpaksa pergi mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka untuk mendapatkan rawatan.
"Doktor yang menjalankan pemeriksaan mengesahkan ada gigi palsu dalam perut mangsa selepas pemeriksaan x-ray sebelum memberi sejenis cecair bagi mengeluarkan gigi berkenaan melalui duburnya," katanya. Sumber itu berkata, selepas lima jam memakan cecair yang diberikan doktor, gigi palsu itu berjaya dikeluarkan sebelum mangsa dibenarkan pulang ke rumah Jumaat lalu.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin