Tuesday, March 18, 2008

Nora Danish VS Fasha sandha


Nora Danish minta maaf



NORA pada majlis tahlil arwah bapa Erma.
Tak kisah jika Fasha anggap dia bersalah walaupun peristiwa itu sebenarnya tak berlaku ASSALAMUALAIKUM Zubir ucapkan kepada semua pembaca setia ruangan ini. Sebenarnya ketika menulis artikel hari ini, Zubir dalam perjalanan ke Las Vegas, Amerika Syarikat bersama pemenang Anugerah Skrin (ASK) 2007 dan krew TV3, melawat studio filem terkemuka dunia di Los Angeles sambil makan angin di Sin City - jolokan kota Las Vegas! Namun, Zubir tidak lupa kepada tanggung jawab untuk menyiarkan penjelasan daripada dua aktres jelita, Fasha Sandha dan Nora Danish berhubung isu tepis tangan pada majlis tahlil arwah bapa Erma Fatima seperti yang dibangkitkan di ruangan gosip Internet, artismelayu.net apabila Zubir menyiarkannya menerusi ruangan ini, minggu lalu.
Terlalu banyak panggilan telefon, kiriman SMS dan pertanyaaan e-mel yang Zubir terima bertanyakan kesahihan cerita yang tersiar di Internet itu. Zubir berada di Los Angeles sejak 10 Mac lalu, justeru, tidak banyak cerita susulan yang Zubir tahu selepas tarikh berkenaan.
Pun begitu, pada 12 Mac lalu, satu acara pra kemuncak dan pengumuman artis yang membuat persembahan dan penyampai trofi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2007 diadakan di hotel rasmi ABPBH 2007 – Hotel Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan. Zubir mendapat maklumat rasmi, Fasha dan Nora turut hadir pada majlis berkenaan kerana kedua-dua aktres popular itu akan berkongsi pentas pada 30 Mac ini apabila Fasha dijadualkan membuat persembahan menerusi segmen khas, manakala Nora diundang sebagai penyampai anugerah. Sekalipun Zubir berada jauh di benua lain, teropong Zubir tetap dipasang di Hotel Palace of the Golden Horses apabila difahamkan, Fasha bersama Nora bersalaman pada sidang media berkenaan. Pun begitu, selepas program baru Kring Kring kelolaan Aznil Nawawi ke udara secara langsung menerusi Astro Ria, Ahad lalu, Zubir terus menerima panggilan telefon daripada Fasha dan Nora berhubung isu tepis tangan pada majlis tahlil yang dicanang hebat forumer artismelayu.net. “Abang Zubir, apa yang berlaku pada majlis berkenaan, saya sudah lupakan. Saya tidak mahu fikir perkara remeh-temeh sebab ada banyak lagi perkara penting yang berlegar dalam fikiran saya. “Ya, saya akui, saya menghadiri majlis tahlil berkenaan selepas mendapat jemputan daripada Erma Fatima dan Umie Aida. Saya harap hentikanlah spekulasi ini dan saya harap cerita ini berhenti di sini saja. Saya tiada masalah dengan sesiapa,” kata Fasha yang tercalon menerusi dua kategori pada ABPBH2007 nanti. Nora pula menjelaskan kepada Zubir, apa yang diceritakan forumer artismelayu.net itu tidak segala-galanya menceritakan perkara sebenar, ada banyak fakta salah yang ditokok tambah. Mungkin apa yang dicanang itu ada niat tidak sihat ke atas perjalanan kariernya.
“Jika Fasha beranggapan saya mungkin menepis tangannya ketika majlis tahlil itu, saya minta maaf kerana perkara itu tidak pernah berlaku, saya bersalaman dengan Fasha dan tidak pernah menepis tangannya. “Saya juga sudah melupakan perkara itu. Saya harap cerita lama, tidak perlu diungkit lagi. Seperkara lagi, antara saya dan suami, rumah tangga kami masih aman damai dan tidak seperti yang dipukul canang oleh pihak yang tidak bertanggung jawab itu,” jelas Nora. Justeru, Zubir harap dengan penjelasan ini, isu tepis tangan yang dipukul canang akan selesai, Insya-Allah.

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin