Wednesday, February 6, 2008

hukuman faizal tahir..




Dalam kesibukan produksi dan penganjurnya TV3, membuat persiapan tiba-tiba mereka dikejutkan dengan berita Faizal Tahir harus digugurkan penyertaannya dalam AJL22.Ini lanjutan daripada kejadian naib juara rancangan realiti One In A Million musim pertama itu membuka baju ketika menjayakan persembahan secara langsung sempena ulang tahun keempat 8TV.Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenakan tindakan tegas dengan menggantung kemunculan Faizal dalam sebarang program disiarkan secara langsung mahupun tertunda selama tiga bulan.Persoalan sekarang siapa bakal menggantikan tempat Faizal bagi menyanyikan lagu Mahakarya Cinta ciptaan Audi Mok dan lirik ditulis Syah Shamsiri dan Kasih Tercipta karya Ajai dan lirik ditulis Shuhaimi Baba.Sewaktu dihubungi Pengurus Besar Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan akui produksi AJL22 tertekan dengan masalah membabitkan Faizal memandangkan ia berlaku di saat akhir. Sehingga kini pihaknya masih belum menerima kata putus daripada dua komposer terbabit, siapakah penyanyi pilihan mereka walaupun ada beberapa cadangan nama penyanyi diberikan.Begitupun Azhar menjelaskan apa juga berlaku, AJL22 harus direalisasikan. Dalam temu bual bersama wartawan Rap, Rudy Imran Shamsudin (imran@hmetro.com.my), Azhar mengharapkan tahun ini AJL22 muncul yang terbaik walaupun terpaksa berhadapan dengan dugaan paling besar pernah berlaku dalam sejarah pertandingan dianjurkan TV3 itu.

--- Kesian and padan muka untuk Faizal Tahir..
1. Padan muka sebab, thats what u deserve. bukan sekali dua orang tegur perangai over dia tu. wat slide, org dah cukup menyampah dah.. ingat org suka sangat?? bukan apa, awak tu bapa beranak dua. bekas penyanyi nasyid.. kalau pon membawa imej rock, perlu ker slide or bukak baju mcm tu?? kalau suka sgt superman pon perlu ker terlalu mengagungkan Hero tu?? perlu ker sampai try menampakkan spender superman? perlu ke cat "S" kat badan tu?? sepatutnya dia kena ingatla, u superstar (ye lakot), tunjukkan la contoh yg baik.. mcm takder matlamat jer jadi artis ni.. jadi artis memang kena berperangai buruk ker?? tak boleh jadi contoh ker?? behave yourself la, ur dad pon dah tegur kan??
2. Kesian sebab, dialah artis pertama yg kena hukum.. sepatutnya, dah lama artis yg bermasalah ni kena hukum.. artis yg minum arak ker, jadi mistress ker, yg pakai baju samapi namapk segala benda tu, yang terang2 HISAP DADAH n KUAR MASUK PUSAT PEMULIHAN tu... sah2 la diorang tu sampah masyarakat. Mcm Jamal Abdillah tu, patutnyer banned jer dr Media. sah2 bawak pengaruh buruk. dapat duit, beli dadah.. tak guna betul Allah jadikan dia kat muka bumi ni!

No comments:

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin