Wednesday, December 31, 2008

Salam Maal Hijrah & Happy New Year

Hari ini 3 Muharam. Tiga hari sudah kita berada di tahun baru Islam. Dan hari esok menjelma pula tahun baru Masihi. Apa cerita semua orang? Apa niat tahun ni? Umur bertambah. Kedut bertambah. Pengalaman bertambah. Harta bertambah. Hutang bertambah. Pahala dan dosa? Erm.. harap pahala makin bertambah. Dan dosa makin menyusut atau cukup di takat itu.
Baru semalam aku berpeluang mendengar lagu Maal Hijrah. Lagu yang glamer tu. Lagu yang kita nyanyi zaman-zaman sekolah dulu. Sekarang, maal hijrah macam takda sambutan sangat (maybe sebab hari Isnin tu, ada upacara pengembumian Yang Dipertua, al Fatihah). Aku bukak semua saluran. Haram lagu Maal Hijrah takde.
Teringat zaman sekolah MRSM MZMS. Pengetua Ustaz. Jadi, penerapan acara-acara agama ni dalam dan lebih sikit. Petang sebelum tahun baru bermula, kita semua berkumpul di Musolla Kaca kita. Kita baca doa Akhir tahun. Kemudian kita solat syukur. Kemudian kita baca doa Awal tahun. Ingat? Esoknya, atau beberapa hari kemudian, kita ada sambutan Maal Hijrah. Kadang-kadang dalam maktab je. Kadang-kadang kita join sambutan kat Muadzam Shah. Syok. Bawak sepanduk. Berarak sekililing maktab. Masa tu bosan jugak sebab asyik kena join aktiviti. Masa tu rasa tidur kat bilik lagi baik. Or dating lagi baik. Tapi bila dah besar macam ni, aku rindukan suasana Islamic tu. Kat UIA pun tak der macam tu. Maybe ada, cuma aku tak ambik tahu. Kat maktab, kita kena paksa. Tapi itu rupanya kenangan terbaik. Lepas dah habis berarak, kita ada pertandingan nasyid. Aku join. Sebab kena join. Biasalah, aku kan muka budak baik. Kena join nasyid blok. Biasa Hauzim yang jadi lead. Ingat Hauzim? Harap masih ada yang ingat kawan kita tu. Kawan yang aku rasa hidup penuh cabaran.
Esok tahun baru. New year. Happy new year. Tadi baca paper The Star. Tajuk utama “Be Good”. Kenapa? Sebab mula tahun baru jer, macam macam acara diadakan. Terbaru, nak buat parti sex. God. That’s horrible. Kita bukan negara barat. Kita nak kena tsunami ke? Tak pernah nak ambil iktibar dari episode lepas. Bodoh. So, friends, be good. Tahun baru Islam, tahun baru Masihi, jadilah yang baru. Yang lebih baik dari tahun lepas. Sikit pun tak per. Jadi seseorang yang boleh menyenangkan orang lain. Tak dapat senangkan hati orang lain, tak per. Janganla pulak jadi beban perasaan orang lain. Stood still. Be good.
Layan la lagu maal hijrah ni:
Satu Muharam
detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Makkah ke kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban
Harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman

Bukit Tinggi

Khamis lepas bersamaan 25 Disember, bersamaan Hari Krismas, aku dan geng ambil kesempatan bercuti dan berjalan ke Bukit Tinggi. tak jauh pun dari KL, dalam 40 minit jer. tu pun bawak sambil menikmati permandangan. plan nak pi awal pagi. tapi marissa, baru sahaja tiba dr Kuantan kul 12.30. so, kami ambik dia kat tol Gombak dan terus ke Bukit Tinggi. kami bayar rm10 sekepala untuk masuk ke 3 tempat. Colmar Tropical, Taman Botanical dan Japanese House. Actually, tempat dia tak banyak aktiviti yang boleh dibuat. tapi, kita boleh create aktiviti sendiri. contohnya macam kami, aktiviti bergambar, bergambar dan bergambar. yer, sampai Handphone aku dah tak muat memori. hihih. o, kami jugak try aktiviti men color plaster of paris yang bertulis LOVE. aku beli, so kami berlima dengan 'kreatif' nya men color.. o, bagi kami sangat cantik. apa pandangan korang?? huhuhu

lepas dah penat kat Colmar Tropical, kitorang amek shuttle bus ke Japanese House dan Taman Botanical. malas drive dan keter pon tak boleh naik sampai atas.. kat sana penat berjalan dan bergambar. tapi sana sangat cantik dan hijau. seronok.enjoy our pics!


Sunday, December 21, 2008

Lepak@ OU







smalam lepak kat One Utama. setelah sekian lama aku tak pergi sana dek masalah kenderaan. kame berempat berkumpul. aku, wina, myza dan nuha. dan lagi best semua bawak adik masing-masing kecuali wina. sebab adik dia lelaki. wina datang umah aku. aku drive ke umah myza. myza dan adiknya naik keta aku ke One Utama. tunggu Nuha tak sampai-sampai. pelik. sebab dia bertolak lagi awal dari kami. lama-lama, baru dia sampai dengan mood yang agaak terganggu. ok, dan aku dapat award 'sengal' dari nuha.. grrrr. tension tul. then, pas solat magrib, baru dia ok. jalan-jalan kat Jusco jer sbab tak berani pi jauh. takut sesat. sebab wayang Histeria kul9.20pm. so, lepak2 kat Revlon tester dimana aku jadi jurusolek Revlon, menyolek ain dan wina. hihihihi. myza sempat shopping handbag.


9.20 masuk panggung. aku tak suka tengok citer hantu kat wayang sebab membaazir. aku akan menutup mata dan telinga sepanjang movie. kalau bukak mata pon dengan skala yang sangat kecik. asalkan dpt tahu jalan citer sudahla. kadang-kadang citer tak seram pon. tapi aku tetap takut.. ishhh.


pas tengok movie, aku wina myza, ain dan shikin ke Sri Gomabk. makan malam. lapar siooot. makan ikan pari bakar (favourite tuu). syiokkk. lepak2, kul 1.30am baru sampai umah. pergghh.. merewang bangat! kalaulah mak tahu, mampos.. Btw, aku dah tahu jalan ke OU dan aku suka sangat sebab parking dia cuma rm1 untuk 6 jam.. wahh. masyuk ni. pasni aku akan ke sana lagi. tawaf satu OU. pasti!

Cicakman 2

hari tu rabu aku brkejar sekali lagi ke KLCC untuk tengok Cicakman 2. besarharapan aku. aku tak pernah sekemauk ini untuk menonton filem lakonan Saiful Apek sebab tahu lakonan dia s***! macam ntah apa-apa. macam tak berlakon. jadi diri sendiri konon. baik tak payah jadi pelakon. grrrr.. (bosan)
since Cicakman first tu aku macam kagum giler dengan teknik CGI diorang dan tak nampak langsung Meetrofulus tu sebagai negara yang pelik. aku sangat-sangat suka. dengan ginger boys yang sangat best. so, expectations aku untuk Cicakman 2 ni agak tinggi, atleast 4 star, sma dengan yang first.
tapi sangat malang sebab awal-awal lagi aku dah down. sebab sound tak best. mula2 tu aksi lawan2, tapi bunyi sound kena tumbuk, jatuh berdebuk, kaca berderai tak dengar langsung. maybe bunyi tu ada, tapi memang tak dengar. aku wonder salah siapa, TGV or KRU???
keduanya, lakonan apek memang low class giler. ak tal tau dah macam mana nak describe lakonan dia. memang dah sedia hampeh, tapi dengan ketiadaan backup macam Yusry (mcm first), memang lakonan dia totally lost. Amani pun tak mampu nak cover lakonan apek.
yang ketiga, aku rasa sangat suka dengan Profesor Klon even dia jahat. hahahahahaaaa (ketawa macam profesor Klon).. sebab Aznil lagi menyerlah dari Apek.. derrrr. dahla ginger boys dah mati. huhuhu. ada sikit jer adengan ginger boys.. sedey.. suka ginger boys...
so kesimpulannya, aku tak suka Cicakman 2 ni. sorry to KRU.. i think they can do better

Friday, December 19, 2008

Habit tak best #1 :Terlebih sudaaaah

Biasa jumpa orang yang ‘sentiasa nak lebih’ tak?? Dia sentiasa nak lebih dari orang lain dari segenap sudut, dari segenap hal. Perangai sentiasa nak lebih ni kadang-kadang kita tak sedar.kita mungkin ada mengata orang lain tentang perangai ‘nak lebih’ nya. Tapi adakah anda sedar, rasanya hampir semua orang perangai ‘nak lebih’ ni. Kalau takder perangai ni, maybe dia takder perasaan dalam nak meningkatkan prestasi diri.
Ada bermacam-macam jenis ‘nak lebih’ ni.
1. Yang memang nampak terang-terangan dia nak tunjuk ‘aku lebih dari kau’. Biasalah, lagi-lagi orang perempuan. Semalam si A beli baju kurung pada harga rm50, setelah mintak diskaun dari harga rm60. Si B pula, datang cakap, ‘ala, aku beli harga rm45. Rm15 dapat kurang’. Contoh lain, A dan B pergi facial. Wajah A selepas facial Nampak lagi cerah, berbanding B. B pun cakap ‘ kenapa muka saya tak dapat macam muka dia??’. Padahal, terang-terangan muka B tu ada jeragat dan kusam dan muka A tiada masalah. Contoh lain, ‘ala, kalau A muat saiz S, aku pun mesti muat’. Dan si B pergi beli saiz baju yang sama dan cuba. Baru tahu tak muat, kuang kuang kuang. B pun cakap ‘ kenapa tak muat? A muat jer pakai saiz tu?? Tinggi kami sama, berat pun sama’ hello, adakah anda sedar bentuk tubuh manusia itu berbeza? Setakat berat dan tinggi sama, belum tentu anatomi badan kamu berdua sama. Yang paling aku tak suka bila dari segenap segi dia nak lebih. Rumah kena besar sekit, keter yang mahal sikit, tadika anak kena yg mahal sikit, layanan kena lebih sikit. Wah, anak raja kah kamu???

2. Yang indirectly ‘nak lebih’ dari orang lain. Ni biasa orang yang suka cakap orang lain nak lebih. Tapi kalau tinjau diri sendiri, sama jer perangai tu. Cara tunjuk ‘nak lebih’ tu lain sikit. Dia akan menggunakan orang ketiga. Contohnya, A tegur kulit B tak da masalah. Dan C terdengar. C cakap ‘ saya pun dulu kulit macam tu jugak. Tapi sejak-sejak dah berusia ni, dah tak macam tu. Ala, nanti dah tua, B pun maca ni jugak’. Erk??? Atau tiap kali orang bercerita tentang apa yang berlaku sekarang, dia akan ungkit atau imbau zaman dulu-dulu punya cerita. ‘oh, zaman belajar dulu saya pun ada banyak boyfriend’ (sambil sebut jumlah yang tentunya lagi banyak dari yang sedang diperkatakan).

Setelah difikirkan, aku pun kadang-kadang ada perangai ni. dan aku confirm aku 'dah lebih' dari yang lain, wah, rasa sungguh best. erm, kan dah ada perasaan riak tu. tak baik sioot. Eleh, semua orang ada la.. percayalah. Tapi ada kebaikan juga pada rasa ‘nak lebih ‘ ni. Contohnya, tengok orang dpat markah 87%. Pastu hati kita struggle mesti dapat lebih dari markah tu untuk next test. That’s great rite? Boleh upgrade diri sendiri. Atau buat jualan langsung, mestilah nak jual lebih dari orang lain. So, kadang-kadang perasaan ‘nak lebih’ ni tak salah. Yang tak bestnya, bila dah jadi negative charge. Bila jadi berlebih-lebihan. Berbelanja lebih sebab nak lebih. Bertekak ngan orang lain sebab nak dapat harga lebih murah. Derrrr… buat semua benda ada la batasnya, kan?? Nasihat aku, janganla asyik nak terlebih tanpa fikir perasaan orang lain. That’s so bad..

Monday, December 15, 2008

TORES, KOKO dan SAMSAM


semalam, ada seekor kucing yang bernama TORES masuk ke dalam umah aku. dia sangat suka lepak kat tepi
KOKO dan SAMSAM. sebagai tuan, aku sangat takut dengan perilaku TORES. yalah, dia kucing PArsi. besar. dan bagi aku besar. ye. sangat besar. macam orang. sekalai dia ngap 'anak-anak' aku. ha! menangis tak berlagu. ini bukan kali pertama dia lepak umah aku. siap cium-cium SAMSAM lagi. sebab SAMSAM ni sangat berani. bila SAMSAM cium TORES, terus terpelanting TORES ke belakang. wah! hangatnya ciuman SAMSAM. tapi TORES lagi berminat pada KOKO. maybe sebab KOKO lagi gebu dan menyelerakan. hahaha. tapi KOKO tak layan TORES. so sorry TORES! KOKO hanya kiss ngan tuan dia. huhuhuhu!

Tuhan, sabarkan aku

Tuhan.
Terima kasih sebab masih bagi aku bernafas sampai ke saat ni. Sebab masih membenarkan aku menghayati kehidpan ini.
Terima kasih sebab kurniakan satu keluarga yang sangat-sangat bahagia buat aku. Aku reda ujian-ujian kecil yang ada Kau lampirkan untuk keluarga aku. Itu tandanya Kau masih merhamati kami. Terima kasih.
Kau kurniakan aku mak dan engku yang mengerti kami beradik. Keinginan kami. Kesukaan kami. Keengganan kami. Mak dan engku yang kami beradik boleh bercerita macam kawan baik, boleh memberi nasihat macam pakar, boleh berseronok macam seusia.
Kau kurniakan aku adik-adik yang nakal, baik, macam-macam kerenah, kuat merajuk, boleh berfikir dan manja. Aku bersyukur semua. Terima kasih Tuhan. Aku gembira dengan pemberian ini. Aku fikir aku tidak akan mampu lagi berdiri jika aku hilang mereka-mereka ini. Walau seorang.
Tuhan.
Terima kasih lagi. Kau beri aku tempat untuk mengadu. Kau beri aku seseorang yang bergelar sahabat, yang betah mendengar segala mulut aku menceceh, mengutuk, mengeluh, memuji manusia. Dia tempat aku menangis, tempat aku mengadu, selain Mu, Tuhan.
Kau beri aku rasa cinta. Cinta selain dari Mu. Cinta sesama manusia. Cintakan dia. Enam tahun, Tuhan. Aku bahagia. Kadang-kadang berkecil hati. Biasa. Asam garam orang berkasih. Namun jika Kau ingin tarik balik dia, aku reda Tuhan. Dia mungkin bukan milik ku, Tuhan. Mungkinkah aku terlalu alpa dengannya sampai mengingkari Mu, Tuhan? Hati aku dah terlalu lembut, Tuhan. Kali ini, Kau keraskan hati aku. Tetapkan diri aku. Aku mahu kuat seperti dulu. Seperti 6 tahun lepas. Yang tidak betah menangis sebab lelaki. Cinta mungkin bukan milik aku. Mungkin aku tidak terlalu bernasib baik dalam memiliki cinta seorang lelaki.
Tuhan
Aku fikir terlalu banyak Kau berikan pada aku. Keluarga. Sahabat. Cinta. Kemurahan rezeki. Aku syukur sangat-sangat. Aku reda jika Kau ambil Cinta dari ku. Tolong jangan diambil keluarga, sahabat dan kemurahan rezeki sebab semuanya bersangkut paut. Aku bergantung kepada kasih sayang Keluarga dan Sahabat. Aku juga bergantung kepada Kemurahan Rezeki untuk membahagiakan Keluarga.

Jusco AU2

Sabtu hari tu aku plan nak pergi Jusco AU2 yang baru dibuka 5 Dec hari tu. Bukan apa, adda shopping comlex baru, nak juga usha-usha. Kang orang tanya, bolehla cerita kan?? Hehehe. Jusco tu kat AU2 keramat. Aku tak berapa reti jalan kat sana. Nasib baik aku ada Google Maps. Wah, senang jer jalan dia. Lagipun banyak juga dibantu oleh banner penunjuk arah untuk ke sana. Sampai kat sana dalam kul 1tghri. Orang tak ramai lagi. Wah, suka nyer dia punya parking. Macam sangat selesa. Tapi sign board untuk kuar agak mengelirukan. Membuatkan aku ulang tempat yang sama, sebab parking dia sangat besar. Ada 1300 tempat parking. Perggh! Yang penting, dlam masa sebulan ni, parking free. Alah, kaalu bayar pun, berapa sangatla kau kena. Sebab untuk Jcard holder, free untuk 2 jam pertama. Setiap 1 jam berikut, rm0.50. bukankan itu sangat-sangat murah, berbanding SOGO yang mahal nak mampus itu??
Ok, isi dalam AU2. Untuk bahagian supermarket, aku suka cara pengaturan dia. Semua barangan am, dari sayur hijau sampaila ke bedding, diletakkan di bawah satu level. Senangla nak bayar, senangla nak bawak trolley. Tak perlu naik turun tingkat atas dan bawah, macam Jusco Alpha Angel. Lepas tu ada makanan yang boleh dimakan (mestila makanan boleh makan kan?). maksud aku, ada makanan goreng2, macam nugget, tempura, finger fish.. seddap2… since baru buka, ada banyak barangan yang dijual dengan harga opening. Erm…
Keluar daru supermarket, ada food court. Aku tak cuba makan pun, sebab tak lapar. Tapi food court dia luas, dan cantik. Kaunter service dan Jcard ada dua, kat level supermarket dan level atas (level pakaian). Tapi kat area supermarket tu agak pack. Macam sesak sikit kat situ. Harap-harap dia akan ubah tempat lain. Uh, staf kat temapat J-card tu agak lembap. Nak uruskan proeses renew pun lama. Kat Alpha Angle cepat jer. Aku line up ntuk redeem calendar sebba spen above rm50, tapi dia nak uruskan sangat leceh. Sempat bergurau-gurau plak tu nagn member lain. Aiyoo, customer dah beratur lama samapi berpeluh-peuh pakcik sorang tu.
Pas letak barang dalam keter, aku masuk balik. Sebab malas nak jalan guna trolley. Oh, sini ada 2 seksyen. Untuk sekeyen tenants, diaorang buat ala-ala open air. Means, ada udara luar boleh masuk,, takla sejuk dibawah hawa dingin. Malangnya, hari sabtu hari tu ujan lebat gila. So, angin berderu-deru masuk. Habis banner yang tergantung dan berdir serta belon hiasan jatuh. Ermm.. tempat makankat level bawah. Banyak sangat pilihan restoren. Open air pun ada. So, ramai la orang-orang hang out kat situ. Amcam kedai mamak la plak.. hhehe. Sangat-sangat happening.
O, itulah pengalaman meninjau dan shopping kat AU2.. ingatakan ada cinema sebab besar sangat.. hampa jugak la.. tapi seronok la. Kalau jalan2 ngan member pon ok.

Thursday, December 11, 2008

Los dan Faun


yes!! dengan jayanya dan semangat waja aku serta dengan tahap kegilaan dewa aku terhadap Afdlin Shauki dan muvienya, aku berjaya berlari dari office ke stesen dang wangi dalam masa 5 minit (sampai kejang kaki aku tau..) naik lrt ke KLCC dan sampai ke TGV tepat kul 6.30. nasib baik orang tak ramai, terus beratur and amek tiket LOS dan FAUN. hahaha. duduk seat baiiik punya.

memang tak menyesal la kaki aku kejang sebab jalan laju. citer dia memang best giler. aku suka citer Afdlin sebab lawak dia lawak berisi, bukan lawak bodoh yang plastik dan ulang-ulang.

LnF mengisahkan tentang Los dan Faun yang baru datang KL. then diorang discover kebolehan Faun dlam mencari barang hilang semasa jadi jurujual Bra. hahaha. then, diorang bukak company mencari barang. semua ok, semua berjaya. sampaila diorang dapat Puan Jasmine sebagai client untuk cari jam tangan arwah husband dia yang hilang semasa kematian yang berharga rm30 juta. bermula la pencarian mereka kerana Faun tiba-tiba hilang keupayaan mencari barang hilang sebab tertangkap cintan dengan Puan Jasmine. jeng jeng. semuanya berkonflik dan berkomplot. nak tahu macam mana semua selesai?? tengokla sendiri.. memang tak rugi. jo memartabatkan filem melayu. apa class tengok Twilight and The Day the Earth Stood Standing ( yang kalau di tukar bahasa melayu berbunyi: hari di mana bumi tidak lagi bergerak)..

fesyen tudung aku


macam yang u all semua perasan, trend tudung sekarang bermacam-macam. rasanya perkembangan fesyen tudung sekarang berubah pantas gila, macam teknologi handphone. aku tak ketinggalan mencuba fesyen tudung ni. hahaha. rasa macam cun sangat la kot. hehehe.

Thursday, December 4, 2008

Bila Loceng Kembali Berbunyi..


Errrr.. ni bukan tajuk Movie atau Novel terbaru di pasaran. Ni tajuk diri aku sendiri.. di kaki kanan aku ada seutas gelang kaki berloceng yang aku beli setahun lepas. Sejurus akud apat gelang kaki tu, aku terus matikan bunyi. Yerla, tak baik pakai benda berbunyi. Boleh mengundang bahaya.. jadi tidaklah dia berbunyi lagi sehinggla pada suatu hari yang hening..
Aku tengah bergegas nak pergi kerja. Tengah on the way nak naik bas ni aku terasa ada bunyi loceng yang agak keras. Tak berapa nak bergemerincing. Aku biarkan je la. Tapi sampai opis, bunyi tu makin rancak dan nyaring. Aiseh, gelang kaki aku berbunyi rupanya. Sampai ke hari ni, bunyi gelang kaki aku dah macam bunyi gelang kaki yang tak pernah dipenyekkan locengnya.. adeih, apa nak wat ni. Aku dah try penyekkan lagi ball tu, tapi tak berubah pun. Mungkin ball nyer semakin kecik since aku asyik masyuk mandi masa kat PD. Yerla, air garam boleh effect mengecilkan bola dalam tu, kot. Jadi, kaki aku skang asyik berbunyi. Segan sebenarnya, sebab tau tak elok. Nak buang, sayang pulak.aiseh..

Sunday, November 30, 2008

no tittle..

weekend yang relax.. sangat-sangat relax.. sangat-sangat best. sebab dapat duk umah lama-lama. dapat kemas bilik, lipat semua baju.. dapat bagie xtra perhatian kat KOKO n SAMSAM.. lega sebab ain tak jadi ambik kereta.. hahaha. jahatnya.. pergi Carefour, belikan set comforter mak and kusyen cover yang di kirim oleh orang kampung.. erm,boleh buat niaga ni. ka- ching..
oo, btw, skang aku dah mula bergiat dalam pembikinan blog buat sesiapa yang baru bermula dalam bidang ni. details, aku akan bagi kemudian.. hopefully berjaya..

Friday, November 28, 2008

Bangga nya Hati..

kalau semua orang perasan (errr..blog aku ni ada orang baca ker??) aku ada link satu Magazine kat senarai kengkawan.. " saya gadis COSMO!".. itu untuk majalah Cosmoplitan versi bahasa melayu.. and i'm so addicted to this magz... tak pernah miss beli every month. tiap-tiap bulan jadi penunggu setia kat kedai buku. i want to ensure that i'll get the magz as it is out for sale! and aku selalu la mberi komen kat cosmopolitanmalaysia.blogspot ni.. and nama aku dah naik beberapa kali as a winner.. and also kat bahagian editor.. so touching..
try read thhis magazine, and i'm sure u all akan suka. this magz bukan sekadar fesyen terkini (yang kita patut tahu, supaya tak ketinggalan), tapi juga rencana dan info yang berguna sebagai perempuan.. but becareful for those yang suka sangat dengan gossip artis Malaysia.. coz this magz wasnt the place. no 'Gossip Girl' ya!!

Thursday, November 27, 2008

Mereka Family Aku

lutfi and mak
family ku..


mereka adinda-adinda ku



sempat kami bergambar sekaligus..

mak dengan alysa.. anak kak ida





Geng PD

wadang a.k.a sarra and buyer a.k.a nurul muzliyana


me and jay...saper lagi chubby?? hahaha...


kawan-kawan Jay.. so cute. hehehe




Wednesday, November 26, 2008

Minggu yang indah..

Last week, aku Berjaya bawak family tercinta ke Peantai Port Dickson.. actually, not whole family,sebab ayahanda aku ‘tertinggal’ kat Rompin.. dia tak dapat ikut sebab dia ada kursus. Mulanya plan nak bawak adik-adik aku jer. But then, my dad takut something happen ( yer la, ayahanda aku ni takut sangat anakanda dia mati dalam air). So, dia suruh mak aku datang sekali.. aku no hal. Lagi suka.. hehee.. pergi PD ni aku ada ajak geng UIA, but then semua bz.. so, aku invite kengkawan MRSM MZMS, nak buat reunion kecik2 la kononnya. responnyer quite negative and agak mengecewakan aku. Tapi aku tak kisah.. mulanya, Jay, shal, wadang, buyer n elly nak datang.. but shal sakit. And elly, aku tak sure kenapa. So, hanya yang datang, wadang, buyer, jay n 4 orang kawan jay yang sesangat hensem.. hehehee… tapi macam tak suka pompuan jer.. hahahaha.. kalau ikut hati, rasa macam berbakul gak nak menyumpah, tapi not here.. sebab aku dah meluah perasaan kt yahoo group: mrsmmzms01… hahaha. Padan muka.
Another family yang pergi, kakak opis aku; kak idah.. s,we just planned to meet at PD.. sampai sana dah pukul 10 lebih. Cari Teluk Kemang, sebab semua beach lain dah penuh.. kat teluk kemang pun dah penuh actually, tapi BF ain, si Rauf dapat cari tempat yang agak privacy,redup, ada parking and ada meja.. lucky us! Sampai sana, siap2 nak mandi… syoknyer dapat mandi Pantai.. setelah sekian lama tak mandi Pantai.. selama ni hanya cecah jer sebab ayah aku tak bagi mandi.. that’s why kami tak pandai berenang.. then, kitorang bertujuh main Banana Boat.. sukanyer! Seram pun ada.. first jatuh memang aku panic.. dahla air dalam. Even pakai safety jaket, still takut.. aku ni pendek. Kalau kaki adik-adik aku dah cecah pasir, kaki aku belum lagi.. tergapai-gapai.. second jatuh, aku minta pakcik tu jatuhkan kat tempat yang cetek sket.. hehehe.. happening giler! Natijahnyer, muka aku lebam sebab adik jatuh atas muka aku.. ces.. yang penting, Jay maintain tak mandi Pantai sampai ke sudah..jaga kulit siott… kaalu aku ni larat, dah lama aku dukung Jay ke Pantai.. J
Pas main banana boat, naik atas jap.makan-makan.. aku buat muffin chocolate n blueberry, macaroni goreng. Mak aku buat mee hoon goreng.. melahap jugak la kawan-kawan aku semua tu.. dah puas berendam, muka pun dah naik lebam, family aku berangkat ke hotel penginapan, Le Paris Hotel.. susah gak nak cari sebab kat PD town. Tapi hotel dia cantik.. murah la, rm150 untuk deluxe (even ada 5 orang, selamba jer campak semua dalam satu bilik).. hotel ni dapat book last minute sebab semua dah penuh.. nasib baik dapat, kalau tak, kena balik KL la.. sampai hotel, terbungkang tido.. penat woo. Malam pi makan kat tempat Ikan Bakar. Ambik pari, sotong, tomyam campur, telur dadar, nasi 5 orang, air buah, sate, semua hanya rm56. Takla mahal pun (macam ayat Destinasi Budget jer).. Makan pun kenyang…
Since mak aku tak cecah Pantai langsung hari sabtu tu, so, kitorang bawak mak ke Bayu Beach kul 8.30 pagi hari ahad.. orang tak ramai lagi, so mak bolehla mandi-mandi tanpa rasa malu.. rugi lak tak snap gambar mak tengah mandi.. hehehe.. comel jer. Kul 11.30am, kami check out. Sebab kena hantar ema balik NIlai, then family balik kampong bus kul 4.30ptg.. penatnyer, sebab otw balik aku sensorang drive; ain tak berapa sihat..:(
Alhamdulillah, semua benda yang aku plan berjalan dengan baik. Dapat hotel last minute even peak period .Masa pergi hujan renyai. dalam hati,kalau tak der rezeki mandi Pantai, aku reda. But then,Allah permudahkan semua. Tak hujan langsung sepanjang kat PD. Hujan renyai Cuma time on the way ke KL jer. Aku rasa semua ni based kat niat. Niat baik, nak bawak family berjalan, and Allah permudahkan segala.. kan?

Wednesday, November 19, 2008

Kanak-kanak zaman sekarang?

Sekarang dah tahun 2008, tahun depan dah 2009. O, aku dha hampir umur 25tahun. Baru sedar, aku dah besar. Baru sedar, aku dah boleh berkata begini ‘budak-budak zaman sekarang”.. hahahaha.. sangat ironic, sebab dulu aku tidak suka ayat macam tu..
Akhir-akhir ini, aku banyak terjumpa ngan kanak-kanak lingkungan umur 2- 6tahun. Dulu biasa jumpa, sebab mak aku seorang guru tadika. Jadi, kebanyakan kanak-kanak yang aku jumpa, sama sahaja sebab mak aku yang didik. Jadi, tidak jauh beza tahap kepetahan dan kecerdikan mereka. Jadi aku andaikan, semua kanak-kanak zaman sekarang cerdik dan petah. Tapi baru aku sedar, tidak semua begitu. Mungkin didikan yang berbeza.
Aku dah biasa dengan kanak-kanak yang pandai membaca pada umur 5tahun atau sekurang-kurangnya dah pandai mengeja. Tapi di KL ni sangat ramai kanak-kanak yang aku jumpa tidak tahu mengeja. Sekadar tahu asas ABC. O, tersilap rupanya pandangan aku pada kanak-kanak KL ni. Hehehe. Ok, setelah aku dah biasa dengan situasi itu, aku terjumpa pulak dengan kanak-kanak yang extra knowledge.
Anak buah BF aku. Umur 6 tahun. Tapi membaca langsung tiada masalah. Samada dia paham atau tidak sahaja perkataan itu, macam “jirat”, “ikhtiar”.. dia boleh bercakap tanpa pelat, paham apa sahaja orang tua bercakap, siap boleh buat deal ngan uncle dia lagi. And she can recite Poem too, in English with good pronunciation. Then, her mom told me she got first place in her class. Ok, fine, no wonder. She’s brilliant. She asked me about diet. “auntie, kalau nak diet, tak boleh makan selepas magrib kan?” erk, tercekik aku, macam mana dia tahu pasal diet and makan selepas 7pm ni? Then, aku realize yang her parents, uncle, granny, never told her fake reason, fake story or try to make fool of her. They gave her fact, not fake. And she grew up as a thinker. That’s awesome. Sebab tak ramai parents yang mampu bagi fakta kat anak-anak. All they give is, fake. Macam, jangan main sampai magrib, nanti ada hantu sorok. Padahal, dah senja. Its time for bath and pray. Itu lagi logic kan? Lagipun, otak kanak-kanak lagi cepat serap macam sponge.. apa yang kita ajar, boleh masuk dengan cepat. Tiada alas an, “kecik lagi, biarla dulu. Dah besar nanti, ajarla” or “tak sanggup nak ajar menda berat-berat nanti tak boleh berfikir budak tu”. Mengikut Islam pun, zaman kanak-kanak la paling bagus untuk ajar semua benda. Hafaaz Quran, invention, and others.. Another impress me, she doesn’t like candy or junk food at all. Dari kecik tidak dibiasakan makan-makan benda-benda macam tu. Plus, its contains MSG a lot which help to reduce the capability of brain. Mungkin tu juga salah satu sebab dia cepat dan senang serap ilmu.

Liberal kah Aku?

Aku terfikir soalan ni, sebab ada orang mengatakan aku berfikiran liberal. Mungkin dia ada sebab sendiri, sebab aku berpegang pada sesetengah prinsip yang bagi dia agak liberal. Sebab?
Aku berpendapat, aku tak kisah orang nak buat jahat, berzina or berkelakuan tidak senonoh tanpa ada ikatan yang sah di sisi agama, asalkan tidak dikhalayak ramai. Asalkan aku tidak tahu. Asalkan tiada media tahu. Asalkan tidak mencemarkan nama agama di mata orang lain. Pendek kata, kalau orang nak buat jahat, buatla, tapi pandai simpan. Tidak perlu dijaja keburukan diri sendiri. Sebab tu aku ada ramai kawan yang macam ini. Aku tak kisah nak berkawan dengan orang yang begini, asalkan tidak menyebabkan orang lain dapat susah. Sebagai contoh, nak berzina, go on, tapi jangan libatkan aku bila pregnant atau sakit AIDS or sifilis. Done. Nak ponteng kelas, aku tak kisah, asal jangan libatkan aku untuk sign kedatangan kau. Done. Tak guna berbuat buat baik, tapi akhirnya meletakkan aku dalam kesusahan. Menyusahkan . prinsipnya, aku tidak kisaha apa sahaja kau buata asalkan tidak mencemarkan nama bangsa, agama dan aku.
Sebab apa lagi aku digelar liberal? Sebab aku fikir, aku tak kisah tidak bertudung dalam kereta sebab itu tempat private aku. Hahaha. Ironiknya. Aku dah berfikir macam ni sejak sekolah. Asrama aku berpagarkan dinding konkrit, tidak bertingkat; macam deretan rumah teres sahaja. Jadi,kami bebas pakai short, tidak bertudung atau tutup kepala bila ke toilet atau menjemur baju. Jadi apabila ada technician yang kebanyakannya lelaki, masuk ke asrama untuk pembaikan, aku tidak kisah untuk mencari tudung. Sebab dia masuk ke kawasan private aku. Apa perlu aku yang menutup kepala??. Hahaha. Dan sampai sekarang aku masih memegang ‘prinsip’ itu. Dalam kereta, aku tidak bertudung, tapi bila keluar untuk pump petrol, aku saukkan selendang ke kepala.. kerana itu aku digelar liberal. Liberal kah aku? Terpulang la apa orang nak fikir, asalkan aku tidak menyusahkan orang. Boleh?

Sunday, November 16, 2008

Bertukar Kerjaya

Sejak seminggu lalu, aku asyik memikirkan hal ni. Dan sejak hari-hari dalam minggu ni, aku mula fikirkan hal ini lebih serius. Kata orang, ada factor dalaman banyak memainkan peranan. Environment company? Environment department? Sikap colleagues? Sikap bos? Scope of work? Most of them adalah sebab aku terfikir hal ini. 4 of 5.. banyak tu.. aku stay sini sebab aku nyer relationship ngan colleagues sangat best (o, terkasar bahasa or terlaser tu adatla..).. dulu lagi best sebab bos ok.. but lately, he seem turns up to someone different. Don’t know why. Probably because of the presence of new staff. Or because of work load. Or his mission and vision has changed. I don’t know. We all don’t know. No idea at all. Everything or anything we do, seems a bif fault to him. Erm.. that’s strange.. kena manderam ke bos ni? Pun tak tau..
Scope of work, dulu aku boleh tolerate. Skang, aku rasa macam waste of time, waste of knowledge. Aku tak dapat aplikasi ilmu aku. Yes, kat sini aku gain something yang aku tak pernah buat. Mulanya seronok, but then aku realize ni bukan apa yang aku nak. Aku nak sesuatu yang fresh, challenging yang sesuai dengan usia aku yang muda. Aku nak jadi seorang yang aktif. Aktif dari segi fizikal dan mental. Got what I mean?
Environment company, dulu aku kagum sangat. Sangat-sangat. Sebab tu aku tak kisah kerja sini, walau nama nya tak segah company lain. Sebab aku sayang. Sebab aku kagum. Sebab aku membesar dengan nama company ni. Dulu kebajikan pekerja sangat-sangat dijaga. Staff tak kesah dapat bonus sikit, sebab pembahagian sama rata. Orang atas yang gaji puluhan ribu tak kisah tak dapat bonus sebab nak bagi orang bawah yang gaji hanya awalan 4 angka rasa bonus sedap sikit. Tapi sekarang, yang atas menggunakan kuasa sewenang-wenangnya. Tangga gaji dah tak menentu. Yang kerja 10 tahun bergaji lebih rendah dari yang bekerja 5 tahun. Wajarkah? Gaji level lain sudah berpuluh kali revised, gaji level kami masih di takuk sama. Wajarkah? Semuanya berubah setelah tampuk management berubah. Wajarkah aku masih sayang pada company ini sedangkan management nya susah nak menghargai kami dan aku? Susahnya..
Tapi sesuai ke nak tukar kareer di masa-masa dunia tenagh mengalami kegawatan? Aku baru sahaja dengar berita tiga company motors yang tersohor di dunia mengalami kerusuhan. FORD,CHRYSLER, AND GENERAL MOTORS. Diorang baru sahaja membuang 6% pekerja yang menyamai 10, 000 pekerja. Bayangkan, berapa ramai yang jobless sekarang. Kawan kakak ruamh aku yang bekerja di butik Pedderred pun ada ura-ura akan dibuang semua. Butik tu high class, open at KLCC.. tupun mengalami kemerosotan. Bank di Singapore (lupa plak bank apa) baru sahaja mengumumkan kerugian. Kegawatan ekonomi yang melanda US perlahan-lahan berpindah ke Asia Tenggara. Harapp-harap Malaysia tak terjejas teruk. Apa yang aku tahu,agak susah untuk Islamic Banking mengalalmi kegawatan sebab we are not depend on others bank. Kita circulate among us je. Itu yang Bank Negara Malaysia telah dengan sepantas kilat meluluskan pembukaan OCBC Islamic Bank, Standard Chartered Islamic Bank. Dan mereka dikehendaki beroperasi secepat mungkin untuk mengelak dari kegawatan ekonomi. So, mereka tengah cari staff yang ada pengalaman dalam Islamic Banking. Berani cuba??

Down grade?


Dulu aku pernah cakap banyak sangat menda baru kena co op sekarang ni.. antaranya ialah, aku sekarang naik bas Metro pergi kerja. Dapat kereta baru, tapi pergi kerja naik bus. Sangat ironic kan? Ada sebab aku downgrade dari naik LRT kepada naik bus. Setelah aku congak-congak, lebih banyak pro, lebih banyak positif nya naik bus daripada naik LRT. So, kat bawah ni aku dah buat matrix nya.. mungkin sekali sekala aku boleh drive pergi kerja. Tak takut pun untuk drive masuk KL, cuma risau tempat untuk parking.

Tuesday, November 11, 2008

Selamat Tinggal


Selamat tinggal dunia blogger.. huhu.. pasni aku akan sangat dan amat jarang meng update blog aku or menggodek blog orang lain. sebab? company aku dah nak menghad limit kan penggunaan internet di sini. hanya kepada orang-orang besar yang bergred tinggi, yang bergaji lebih besar (yang lebih mampu ada broadband sendiri), yang aku kira tak semua reti menggunakan internet.. (sebab tu hanya mereka boleh akses).. argghh.. bodohnya.. tensennyer.. takper, aku aku cuba ke Cyber Cafe atau ke Jusco untuk WIFI.. zaman ini zaman internet la. semua information hanya di hujung jari. tanpa internet aku rasa, orang-orang disini akan lebih tertinggal dek pengetahuan.. aduih.. macam mana nak membentuk komuniti berpengetahuan??

Katil Saya


Finally, katil n tilam ku sudah sampai.. nak dapatkan 'benda' ni punyalah payah.. dari hari pertama, susah betul nak dapat tarikh penghantaran. either friday or monday. then,decide on monday, after 7pm, sebab aku kerja. agreed. pastu keep calling, minta tukar masa; berkali kali plak tu. kata tak boleh after 7pm. what the h**l?! then, aku agreed kul 6pm, kena minta balik awal la ni.. semalam balik awal, tapi dapat call kata tak boleh hantar sebab lori hantar. what the tuuuuuuttt!!! (sensor ni).. apa lagi, aku mengamuk la dalam phone. tak pasal-pasal budak tu yang kena. lama gak la kena.. itu pu ada yang tak terkeluar dari mulut ni.. eiii! pastu dia call balik, dia kata, kaalu akak nak sangat barang tu,kami hantar la malam ni. eh, barang aku, mestilah aku nak nak. pastu mula la rasa bersalah sebab marah budak tu.. huhuu.. bengkak lak mata aku nangis sebab rasa bersalah.. pastu ada orang call cakap barang sampai dalam kul 8. sempat la kau ckp kat budak tu, akalu jumpa budak yang call tadi,akak minta maaf.. terkasar sket.. so, dekat-dekat kul 9pm,sampaila katil aku..

Monday, November 10, 2008

Sitiii..

siti dan aksi sporting nya..

Mak Saya..


Ni emak saya.. emak saya seorang guru Tabika KEMAS sejak dia berumur 20 tahun. sejak dia muda. sejak belum berkahwin ngan engku. sejak belum melahirkan saya. sampailah sekarang, pada ketika dia berumur 49 tahun (hari ni hari lahir mak), dia masih rajin mengajar kanak-kanak. masih rajin membuat bahan pembelajaran yang di bantu oleh kami; anak-anaknya. mak sekolah tak tinggi, sampai SPM sahaja. mak tak pandai bahasa inggeris, tapi mak sanggup belajar dari kami demi mengajar kanak-kanak Tabika. mak tak tahu berbahasa Arab, tapi belajar sikit-sikit supaya anak murid dia tahu asas bahasa Arab. mak sangat kreatif. macam-macam bahan pembelajaran mak cipta untuk tarik minat anak murid mak untuk belajar. mak sangat sabar. anak murid mak macam-macam perangai. saya tanya, bila mak nak bersara? mak jawab, bila mak dah tak nampak tulisan lagi. sekarang mak dah pakai cermin mata. sebab mak dah berusia. kami adik beradik semua dididik oleh mak. kami semua pandai membaca di usia 5 tahun. sebab mak rajin mengajar. bukan kami sahaja, anak murid mak pun dah pandai membaca sebelum masuk sekolah rendah. mak cikgu saya. mak ibu saya. mak kawan saya. saya sayang mak. hea...

Friday, November 7, 2008

Siapa Sayer??

saya empunya blog ketika masih kecik.. hahaha..

1000km Servis...


Pada Khamis lalu, BKD dah servis untuk 1000km yang pertama.. sepatutnya nak buat hari Jumaat sebab aku dha apply cuti and terus nak balik kampong. But suddenly, aku kena cirit birit.. hampeh tul. Ntah macam mana boleh kena. And aku dpat MC, siap disahkan apendiks stage pertama. Erk!? Aku tak makan pedas2 la.. tapi dinasihatkan supaya mengelakkan makan makanan pedas.. erm?? Sedihnya..

ops, berbalik pada kereta, since dah MC, aku bawak keter pi Servis. dah makan ubat, dah makan bubur ngan teh o, dah ok sket.. Dah budget rm233 ni, since aku baca blog, itulah harganya untuk kereta saga auto.. Proton servis yang aku pergi ni nama dia Garden Equity, di Desa Setapak, Wangsa Maju. Bagi aku servis dia sangat mesra. Aku datang jer, dia Tanya, yer kak? Aku cakap nak servis kereta, dia Tanya mana kereta? Aku tunjuk n hulur kunci. So, dia drive in keter aku ke dalam bengkel. N bagitau, dalam setengah jam akak datang balik yer. Pergola minum2 ker, kat sini takder tempat nak shopping.. hehe.. after 15 minute aku datang, keter dah siap.. erm, cepatnyer. So, dia pun hulur bill.. mak aii, terbeliak jap mata aku, coz its just cost me rm114!! Wow!! Alhamdulillah, jimat duit aku.. aku ada Tanya pasal hand grip, so, they’ll cal me regarding the price.. erm, good2.. siap dapat baucer KFC/Pizza lagi.. hahaha.. rm12 je rpun, tapi ok la.. menghargai customer kan??


Monday, November 3, 2008

Gaya Handbag 4 in 1.. i luv it!




Ni berkenaan dengan handbag yang aku beli masa kat Melaka hari tu.. beg ni boleh dapat 4 gaya tau.. see all those pics..
Gaya biasa, sangkut kat ketiak. Guna tali pendek. Gaya ranggi., melintang dari kanan ke kiri. Guna tali panjang. Gaya dinner, pegang di tangan, macam clutch. Tak perlu tali. Gaya stylo, besarkan dan pegang. Takperlu tali. Lebih luas, lebih bergaya.

Setelah..

Setelah dua hari aku merambu, BKD dah cecah 1100km.. plan, nak balik jerantut Jumaat, then baru servis.. tapi kalau buat macam tu, dah capai 1300km.. so, aku decide nak servis kat KL before balik this Friday.. kena wat appointment, ada gak nanti aku kena lambat, berjanggut menunggu plak.. cadang nak pasang hand grip sekali kat tempat penumpang. Tak reti buat sendiir. Kena gakla suruh orang Proton buat..

Aktiviti Hari Ahad

Hari ahad. Ada 3 jemputan untuk aku memenuhkan isi perut aku. Pertama, perkahwinan kawan sekolah, Norazura Masdor,. Kedua, kenduri doa selamat manager aku, K.su ( yang ni wajib, takder a, b or c). Ketiga, birthday party anak Si Ram, si kembar comel tu.. erm.. mana nak pi ek... mula2 nak pi umah si Ram, tapi malam sebelum tiodr kawan aku beria ajak pi kahwin zura tu.. aloh.. kenala pi. Kenala tak pi umah si Ram. Sorry yer.. next year punya birthday saya pergi.. hehehehe.. otw ke kelana jaya, aku sesat.. tension nyer... nasib baik sesat area situ-situ ajer... balik senang jerla, terus je ke jalan Kuantan. Terus pi umah kak su. Masa tu dah 3lebih.. masa sampai orangg dah tak ramai.. legala jugak.. kang malu jugak.. mesti kak su sibuk nak layan aku.. sukanya kak su aku datang, yerla, aku jer yang wakil opis.. sian kak su. Dia tanya semua orang, naper tak datang.. hari tu macam beria sangat tanya bila kak su buat open house.. erm, macam mana nak jawab ek?? aku lepak sana sampai 5.30ptg.. masa aku blah, kak su bagi makanan, rendang hitam.. huhhuu.. syoknya. Siap ada buah oren n apam lagi.. pastu kak su bg souvenir Yassin untuk dewasa, n jajan untuk kanak-kanak. Kak su siap bekalkan untuk orang opis lagi.. banyak woo.. baiknyer kak su. Mana ada orang wat kenduri pi Haji bagi hadiah kat tetamu. Patutnya tetamu ni yang bagi duit buat belanja.. dah terbalik lak.. apa-apa pun, semoga Kak Su selamat pergi n selamat balik.. sedihnya..

Makan-makan


Kemana arah BKD minggu lepas?? Erm.. agak jauh langkah kali ni. Hari Sabtu, Opismate ku, a.k.a model slimming, Kak Idah buat makan-makan. Sebenarnya aku yang paksa dia buat makan-makan. Hahaha.. so, hubby dia bagi kelulusan, ajak la member hubby dia sekali. Ngan syarat, aku kena datang tolong.. orait, keter dah ada..
Hari sabtu, awal kul 9pagi aku dah kuar untuk ke Bangi. Entah arah peta mana aku ikut, salah jalan . perghh, merayau sampai ke Cheras, dah hampir ke Kajang plak tu.. rupanya just ikut highway Sungai Besi, kuar ikut to; Bangi.. ceh.. senang bukan main.. aku sampai dah kul 11pg.. sempatla tolongg potong-ptong yang patut. Oo.. aku dah buat kek coklat untuk di bawa kesana.. huhu.. siap topping lagi. Tak pernah2 aku wat topping.. kat sana, aku buat begedil untuk dimakan bersama soto.. banyak sioot aku buat samapi lepuh jari sebab kena ramas kentang yang panas tu... banyak gak dpat begedil tu.. tapi letak kejap jer, dah habes.. dasyat bebenor makannya.. ada yang amek 5 ketul begedil seorang plak tu.. patutla...
Dalam kul 3 lebih, kak Syam datang bersama 2 heronya.. siap si Nazim tidar tak bangun2... huhuhu.. anak2 kak ida dah duk melepak ngan aku.. si comel alysa dah terbaring terus kat riba aku.. dah tidor pon, mak dia yang kejut suh minum susu... kak hanim pun datang, bawak si Alisha yang chubby,. Pipi dia montok sangat, mulus gila.. perut nya pon bulat. Hehehe.. aku ikut k.syam balik umah dia, beraya sana.. oo, dah siap goreng nugget ngan wat mihoon tomyam tuu.. kenyang nyer aku.. pastu main lawan-lawan ngan si Mukhriz, hero kak syam tu.. adeihh, sakit badan aku kena tumbuk.. then, ikut beraya umah kak Mai, nasibla dia tak buat makna-makan. Perut aku dah pecah ni.. then balik.. tak tahannyer, kat bulatan Batu Caves jammed giler.. situ jer dekat sejam.. lepas jer bulatan tu, terus aku pecut.. sampai umah dah dekat kul 8.30.. perrgghhh. Kepenatan.



Alisha yang chubby giler..

ngan anak-anak kak ida. si Alysa asyik ngan puting jer..

Alysa, Amira ngan si Nazim..







Friday, October 31, 2008

Hala BKD

ke mana hala BKD minggu ni??? banyak sangat nak pi ni.. tak tau jadi ke tak.. huhuhu. wait till monday!

Modulator


Masa salesman Proton bagi penerangan kereta hari tu, aku dapat tahu yang setiap kereta sekarang dah boleh cucuk USB/pendrive untuk MP3.. tapi kena beli Modulator yang akan dicucuk pada satu lubang yang dahulunya diletak pencucuh rokok. Sekarang tidak lagi (ciri-ciri tak nak bagi orang merokok dalam kereta.. good, go0d)
So, aku pun cari la Modulator tu. Aku beli kt Jusco,RM55. So, cucuk la kat palam tu. Then kena set sama frequency ngan radio kita. Modulator aku berfrekuensi 88.6, so kena cari frekuansi yang sama kat radio. Cucuk la pendrive kat Modulator, and u can have ur MP3 song dari pendrive straight to ur car. Ok la gak.. Cuma ada bunyi macam radio sket sebab pakai frekuensi. And siap ada remote so, u all bley change the track.. nice rite?

Wednesday, October 29, 2008

Seloka & penwar baut si Bujang

Penawar Buat Si Bujang :
Bila nak kawin???
Di sini orang bertanya
Di sana orang menyoal
Tak kira teman mahu kenalan
Asyik-asyik itu je yang jadi bualan
Begitulah nasib orang bujang
Tak kira lelaki mahupun perempuan
Bila nak kawin???
Keluarga pun dah mula risau
Si teruna, emak bimbang jadi bujang terlajak
Si dara, ayah takut bergelar andalusia
Bila nak kawin???
Jiran turut sama menumpang tanya
Bila dijawab jodoh belum ada
Kata mereka, kita kenalah usaha
Mandi bunga salah satu caranya
Tak pun mandi ais boleh dicuba (he..he..ni cadangan pelik kawan saya)
Bila nak kawin???
Aduuuhh...aku disoal lagi
Kawin???
Nak kawin dengan sapa?
Calon pun takde.
Hah!!! Awak tu memilih sangat agaknya
Ewah-ewah sedap sungguh mulut berkata (aku ambil tunang @ suami kau, baru padan muka)
Bila nak kawin???
Akan ku kawin jam-jam ni juga ( haa...haa... haa)
Andai memilih suami semudah bershopping di pasar malam
Atau semudah membeli VCD cetak rompak
Atau sesenang memakan twisties..(yummyyyy y)
Bila nak kawin???
Aaahhh....sungguh aku bosan
Banyak yang lain boleh jadi persoalan
Kenapa asyik itu yang dihadapkan
Apa kita nak heran
Lambat cepatnya jodoh, Allah yang tentukan.
Bila nak kawin???
Pada yang masih bujang
Biarkanlah mereka terus bertanya
Usah ditunggu letih mulut mereka
(Takkan letihnya sampai bebila..)
Kalau ada jodoh, Insya-Allah takkan ke mana.
Bila nak kawin???
Pada yang asyik menanya
Usah dirisaukan jodoh orang
Jaga masjid sendiri agar tidak goyang
Lain orang lain rezekinya
Syukurlah dengan apa yang kita ada.
MORAL OF THE STORY : DONT ASK!

About My Baby























Ini la kereta aku dari pelbagai sudut.. Saga 1.3, B-line, automatic, Mountain Blue, Metalic. kereta ni dah tambah tinted + reverse sensor yang di tambah oleh Pantai Bharu Holding...Harga kereta ni, harga lama.. B-Line jer, so power window hanya di hadapan.. minyak, bagi aku agak jimat la.. 1liter boleh pergi dalam 13 km, maybe more. so far kereta ni dah jalan sejauh 800km.. masih dalam pantang, aku cuma bawak max 100km/j sahaja.opss, adik aku dah try 120km/j actually.. kereta ni, kalau sensorang, takder barang (cuma 2 ekor hamster dan driver), dan bawak 110km/j, agak lari sikit.. maybe ringan kot.. 100km/j should be very nice..






New Hair


About my new hair. Ain yang beri sangat. Dia teringin sangat nak wat rebonding rambut aku yang agak dasyat curl nyer ni.. bagi aku tak la dasyat sangat, sebab aku pernah nampak yang lagi teruk.. huhuhu.. rambut aku ni ala-ala perempuan melayu terakhir gituu.. hampeh tul.. mak aku pon terngin sangat nak tengok aku rebonding lagi. Last aku wat 2 years ago.. masa tu memang dasyat la ornag tu kerjakan rambut aku. Menitik air mata aku.. huhu.. so memang dha serik la.. tak kesah la tak lawa pon.. tapi comel kan?? huhuhu. Mula-mula kenala potong dulu rambut sebab panjang.. aku nak wat layer.. so akak tu pun potong layer rambut ku.. pastu dia letak ubat lurus.. busuk! Lama gak la.. then stim. pastu dia basuh.. pas basuh, dia keringkan.. perghh, masa tu kembang rambut aku cam aper jer.. passtu baru dia start iron kan.. she’s very detail n lembut. Tak ganas pon.. pas tu dia letak ubat lagi. Yang ni wangi.. pastu basuh.. pas basuh, letak ubat treatment lak.. stim lagi.. pastu basuh lagi, keringakn n siap.. huhuu.. no wonder it tooks 5 hour.. potong n rebonding rm80 jer.. pastu aku nak treatment seklai plus rm30.. then amek serum treatment, tambah rm30.. tapi kakak tu bagi diskaun, total rm120 jer la.. tapi puas hati la.. mak aku gembira sangat.. sabor jer la... dnan plak kata tak cantik.. hurm...

p/s: temptation untuk letak gambar tak bertudung sangat kuat,cannot resist.. sorry.. huhuhu

Claim Rebate

Pas aku godek-godek blog si Nazri, owner BLM blogspot, aku pon tau bahawa aku layak untuk mendapat rebate untuk road tax.. so, boleh claim.. huhuuhu.. dapat rm625 tau.. pas balik jer dari Melaka, aku pi pejabat pos Wangsa Maju kat carefour untuk claim rebate.. cuak gak sebab road tax hidup 20 okt.. mana tau tak masuk dalam system lagi.. nasib la abg pejabat pos tu bijak dan cekap. Tahniah di ucapkan! Dan bahagianya aku dapat rm625.. yahoooo! Tapi kena bayar credit card sebab banyak swipe minyak, barang umah kat jerantut, accessories kereta n barang ain.. total kira-kira rm338... ada lagi balance, simpan dlam tabung haji la.. yeay!!

tak tau nak label apa

Weekend yang happening sesangat.. banyak giler menda baru dalam hidup aku skang. Kereta baru, hamster baru, rambut baru, handbag baru, sandal cute yang baru, few tinny things yang make me feel so wooow but deep still thank to Him. So menda-menda lain boleh citer lain kali. Kali ni nak citer pasal trip ke Melaka, with my new baby, En. Saga. Huhuhu..
Lepas amek keter, and balik Jerantut, aku hantar Ain ke Melaka, coz dia belajar sana. Dia nak sangat bawak aku jalan-jalan n yang penting wat rebonding rambut aku.. huhu. Dari jerantut kul 3, sampai Melaka dalam kul 8.30.. naik atas umah, solat. And pi Jonker Walk.. since aku tak reti jalan kat Melaka, ain bawak BF dia, si Rauf. So dialah supir aku sepanjang kat Melaka.. hehe. Jonker Walk tu macam pasar malam yang panjang.. banyak kedia kecik-kecik. Semua Cina yang jual.. ada stage untuk karaoke, tapi lagu cina je la kot.. tak cuba lak Tanya lagu melayu ada tak.. huhu.. tapi menag happening la.. ada kedai yang buat tarian poco-poco.. ada club yang wat open dance.. banyak benda-benda murah dijual kat Jonker Walk tu.. kitorang jalan sampai ke ujung.. nampak la menara jam yang color merah tu.. aku tak tau la plak nama tempat tu.. hehehe.. then patah balik.. aku pon beli satu sandal yang bagi aku elegen. Berbaloi beli, rm10 jer.. then aku berkenan satu handbag yang boleh dapat 4 fesyen sekaligus.. rm39, pas tawar menawar, dapatla rm32.. beli cermin kecik nak letak dalam keter, rm5 and last, beli couple keychain, rm10. Then dah penat n berpeluh badan, kami pon pi makan.. masa tu dah dekat kul 11mlm. Sampai umah kul 11 lebih kot.. then tido.. penatnyer..
Esoknyer, ain bawak pi rebonding rambut.. adeih, scarynyer.. dari kul 10 sampai kul 3.30 petang duk situ.. pas siap, kami jalan kat Jusco, belikan a few things untuk umah ain. And accessories kereta.. pastu, balik umah. Sebab malam nak pi Umbai, makan seafood.. yum! Yum! Ajak yuyun (kawan ain) sekali.. kat Umbai, order pari seekor, sebab aku teringin sangat makan pari, plus thats my favourite.. pari bakar masak sambal.. tapi sambal dia kering, tak basah n banyak yang macam aku selalu makan.. lagi satu peliknya kat Umbai ni, diorang makan all those seafood ngan nasi lemak.. peliknya.. aku order nasi kosong.. hahaha... tak der maknanya nak makan pari ngan nasi lemak..
Then, esoknya iaitu pada hari selasa, aku pon drive sensorang balik KL.. Alhamdulillah, semua ok.. selamat sampai KL..

me ngan yuyun...

ain ngan rauf... rauf posing baik punyer...

ikan pari yang dah hampir licin.. lupa nak amek gambar. lapor sangat..

licin sioot.. puas hati belanja budak-budak ni..

cuba teka saper sayer.. pinky girl.. huhhu

Saturday, October 25, 2008

SK II


Awal bulan puasa, aku jumpa satu web site ni.. bbcmi.com this site jual product-product kosmetik yang original, tapi miniature size with 'miniature' price la.. and aku memang teringin sangat nak cuba SK II especially Essance Treatment tu.. coz muka aku agak senang menggelupas. so, i thought with a touched from pitera, it wil recover and i gain my smooth skin back.. so, aku order this trial package which contains 6 items; SK II mask, Clear Gel, Facial Treatment, Moisturiser, Clear lotion & Essance Treatment or known as miracle water.. its all cost rm138 including delivery service..

And the result is, tadaaa! muka aku dah tak merengsa and menggelupas serta kering lagi.. muka aku semakin moist n senang lekat make up.. paling best and syok masa pakai Mask dia.. memang rasa muka macam dapat rawatan dari pusat kecantikan...

Kat site ni banyak lagi trial product yang u all boleh order.. yerla, kalau nak trial, shoul use the small one only, rite?? we dont have to bought the actual one, and end up dengan muka kita tak sesuai ngan product mahal tu.. menghabiskan duit jer. try this site, u wont regret.. erm, regret sebab trial untuk yang aku beli tu dah takder, yang ada just new trial set; aging nyer.. hello, i'm still young..

Google Maps di Handphone


haa.. nak kongsi satu rahsia ni.. its all about car la.. erm, korang mesti tak mau sesat kalau nak pi tempat yang tak pernah pi kan?? biasa aku suka tengok kat gogle map.. tapi, aku baru jumpa satu benda best yang canggih.. google maps di handphone anda!! wah, rasa macam ada navigator.. caranya, korang kena pi lawat site google through handphone.. masuk this site, google.com/gmm pastu download ke hp u all. save dalam applications.. so u all nyer oogle maps can be review mana-mana jer u all berada.. ada current direction, dari tempat u navigate map.. best woo..! try arrr, insya Alah tak sesat

akhirnya....


alhamdulillah.. akhirnya penantian aku berakhir.. dengan jayanya aku dah dapat kereta aku.. huhuhu.. pagi-pagi ain sampai dari kl ( untuk jadi co-pilot).. al maklumlah aku dah setahun tak drive.. gugup jugak. myza ngan BF dia dengan baik hati sanggup hantar aku ke Pantai Bharu Holding, kat Klang untuk amek kereta.. dengan sesat nyer.. erm.. adat la tu. patutnya pi PB kat Klang dulu, pastu baru pi Kapar, amek keter.. wina nak bagi hadiah. tapi nak wat camner.. biler dah sampai PB, stor dah tutup.. huhu.. ala payung jer pon. kat Proot. banyak info abang salesman tu bagi.. thanx banyak2.. gugup nyer tak tau la nak cakap. keter baru. tak tau macam mana condition brek n minyak.... ada gak la adengan hampir terlanggar keter orang. hehe.. nasib baik.sempat brek.. huhuu.. pas amek keter, kami beraya umah wina.. siap djamu ngan nasi Bukhara lagi.. sedapnyer.. then, aku n ain balik WM, n kemas barang, terus cabut balik Jerantut.. dr KL sharp kul 5.. sampai KG kul 7.30mlm.. terkejut giler family aku!! hahaha.. yerla, tak mention langsung dapat keter hari ni n nak balik kg hari ni bawak keter baru.. uiiih.. penat gak.. yang penting, aku masih tak percaya skang aku sudah berkereta Saga BLM 1.3.. huhuhu



on the way dalam keter myza.. tengah tunggu Bf dia siap cuci keter.. senyum, ta[pi dalam hati gugup sebenarnya.. huhuu

kereta ku dari side b elakang....

keretaku dari side depan..

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin